VIDEO Foto Fakta, BAHAYA dan AKIBAT Fenomena Equinox Yang Akan Membuat Panas Daerah Garis Khatulistiwa Pada Senin, 21 Maret 2016

VIDEO Foto Fakta, BAHAYA dan AKIBAT Fenomena Equinox Yang Akan Membuat Panas Daerah Garis Khatulistiwa Pada Senin, 21 Maret 2016

Advertisement
Advertisement

VIDEO Foto Fakta, BAHAYA dan AKIBAT Fenomena Equinox Yang Akan Membuat Panas Daerah Garis Khatulistiwa Pada Senin, 21 Maret 2016


Cus Lihat Videonya Gan Fakta, BAHAYA dan AKIBAT Fenomena Equinox:



Apa itu Ekuinoks? Ekuinoks menurut Wikipedia adalah sebagai berikut:

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.

Istilah:

Ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh: digunakan apabila hendak mengaitkan ekuinoks dengan musim. Musim di hemisfera utara sentiasa berlawanan dengan musim di hemisfera selatan (iaitu ekuinoks musim bunga di satu hemisfera bersamaan dengan ekuinoks musim luruh di hemisfera yang satu lagi), maka nama-nama ini boleh menimbulkan kemusykilan.

Ekuinoks Mac dan ekuinoks September: sebagai alternatif kepada set yang di atas tanpa kemusykilan mengenai hemisfera yang dimaksudkan. Namun begitu, istilah-istilah ini tidak cukup universal kerana bukan semua penduduk Bumi memakai takwim berasaskan suria yang mana ekuinoks jatuh pada bulan yang sama setiap tahun (contohnya, dalam takwim Ibrani ekuinoks sering berbeza tarikhnya). Istilah-istilah ini juga tidak berguna untuk planet-planet lain (contohnya, Marikh), meskipun planet-planet itu turut mengalami peralihan musim.

Tempoh suria di Asia Timur:

Takwim Asia Timur tradisional membahagi setahun kepada 24 tempoh suria ( 節氣). Chūnfēn (pīnyīn) atau Shunbun (Rōmaji) (Bahasa Cina and Jepun: 春分; Bahasa Korea: 춘분; Bahasa Vietnam: Xuân phân; secara harifah: "vernal ekuinoks") ialah tempoh suria ke-4 yang bermula apabila Matahari mencapai longitud cakerawala 0° dan tamat apabila Matahari mencapai longitud 15°. Dalam erti kata lain, inilah harinya apabila Matahari berada tepat pada longitud cakerawala of 0°. Dalam takwim Gregorian, tempoh ini lazimnya bermula sekitar 20 Mac dan tamat sekitar April 5.

Qiūfēn (pīnyīn) atau Shūbun (Rōmaji) (Bahasa Cina and Jepun: 秋分; Bahasa Korea: 추분; Bahasa Vietnam: Thu phân; secara harifah: "autumnal ekuinoks") ialah tempoh suara ke-16 yang bermula apabila Matahari mencapai longitud cakerawala 180° dan tamat apabila Matahari mencapai longitud 195°. Inilah harinya apabila Matahari berada tepat pada longitud cakerawala 180°. Dalam kalendar Gregorian, tempoh ini biasanya bermula sekitar 23 September dan tamat sekitar 8 Oktober. Aksara Cina [[wikt:分| 分]] bermaksud bahagian, maka ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh masing-masing menandakan pertengahan musim bunga dan musim luruh, tidak seperti dalam budaya Barat yang mana ekuinoks ini menandakan permulaan musim berkenaan.

Source Ekuinoks: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekuinoks

fanspage facebook dijogja

Facebook Twitter Google Whatsapp Digg LinkedIn
Advertisement


rental motor jogja murah sewa motor jogja murah

jual motor honda new baru jogja murah cash kredit

Rental dan Sewa Sound System Jogja Murah

Penawaran Terbaik Hari ini:
1. Sewa Motor Jogja
2. Rental Motor Jogja
3. Jual Motor Jogja

Baca juga Berita Terkini lainnya yaitu:
1. Cara Dapat Uang Dari Internet
2. Cara Liburan Gratis
3. Awal Puasa Ramadhan Hasil Sidang Isbat 2016 2017 2018
4. Ucapan Lebaran Hari Raya Idul Fitri 2016 2017 2018
5. Tanggal Hari Lebaran Idul Fitri 2016 2017 2018 2019
6. Puasa Arafah Hasil Sidang Isbat 2016 2017 2018 2019
7. Tanggal Hari Qurban Idul Adha 2016 2017 2018 2019
8. Beasiswa Kuliah 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

Copy Wajib Kasih Link Hidup

Lowongan Kerja

lowongan kerja