Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan Selama Sebulan Dan Niat Puasa Harian

Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan Selama Sebulan Dan Niat Puasa Harian

Advertisement
Advertisement

Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan Selama Sebulan Dan Niat Puasa Harian

Mungkin banyak yang belum tahu ada doa niat Puasa Ramadhan Selama Sebulan karena kebanyakan memang dimasjid-masjid atau yang diajarkan adalah bacaan doa niat Puasa Ramadhan Harian.

Dilansir dari website https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".

Awal Puasa Ramadhan [Baca Disini]

Tanggal dan Hari Idul Fitri [Lihat Disini]


Puasa Ramadhan artinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan

Bacaan doa niat puasa Ramadhan sebulan:

Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa

Bacaan doa niat puasa Ramadhan harian:

Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

Kelebihan Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban. No:3494)

fanspage facebook dijogja

Facebook Twitter Google Whatsapp Digg LinkedIn
Advertisement


rental motor jogja murah sewa motor jogja murah

jual motor honda new baru jogja murah cash kredit

Rental dan Sewa Sound System Jogja Murah

Penawaran Terbaik Hari ini:
1. Sewa Motor Jogja
2. Rental Motor Jogja
3. Jual Motor Jogja

Baca juga Berita Terkini lainnya yaitu:
1. Cara Dapat Uang Dari Internet
2. Cara Liburan Gratis
3. Awal Puasa Ramadhan Hasil Sidang Isbat 2016 2017 2018
4. Ucapan Lebaran Hari Raya Idul Fitri 2016 2017 2018
5. Tanggal Hari Lebaran Idul Fitri 2016 2017 2018 2019
6. Puasa Arafah Hasil Sidang Isbat 2016 2017 2018 2019
7. Tanggal Hari Qurban Idul Adha 2016 2017 2018 2019
8. Beasiswa Kuliah 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

News and Arsip

Copy Wajib Kasih Link Hidup

Lowongan Kerja

lowongan kerja